Posted by : Unknown Tuesday, 16 July 2013

Bahan-Bahan:
2 bungkus mee kuning
8 ulas bawang merah
1liter stok rebusan tulang ayam / tulang lembu
2 sudu besar pes mee udang/pes udang
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Taugeh
Bawang goreng
Hirisan cili merah
1 kg udang besar
1 genggam udang kering
15 ulas bawang putih
5 sudu besar pes cili/cili boh
2 cm belacan

Bahan hiasan
3 biji telur rebus belah 2
1 ikat kangkung
Cara:
1. Kopek udang hingga tinggal isi sahaja.
2. Cincang 7 ulas bawang putih.
3. Panaskan 2 sudu minyak dan goreng bawang putih sehingga harum dan sedikit kekuningan.
4. Masukkan kulit dan kepala udang. Goreng sehingga bertukar ke warna kemerahan. Masukkan air dan biar mendidih seketika.
5. Tapis kulit dan kepala udang. Kisarkan kulit dan kepala udang dan tapis airnya. Ketepikan air rebusan udang.
6. Rendam udang kering dalam air dan apabila telah kembang atau lembut tumbuk sehingga lumat.
7. Tumbuk bawang putih dan bawang merah.
8. Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
9. Apabila telah kuning dan wangi masukkan pes cili. Goreng hingga pecah minyak.
10. Masukkan belacan, pes mee udang/pes udang dan udang kering yang ditumbuk.
11. Masukkan air rebusan tulang ayam/tulang lembu dan air rebusan udang.
12. Biarkan mendidih dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mee yang telah diclur ke dalam mangkuk. Letakkan taugeh (dicelur), kangkung (dicelur), isi udang (rebus seketika), telur rebus, bawang goreng dan cili hiris
Tambahan:
Lagi banyak air rebusan udang yang diguna, rasanya lagi sedap.








Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2025 Nur Impian Beauty - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -