Posted by : Unknown Tuesday 16 July 2013

 
LIRIK LAGU PENGHUJUNG RINDU – JAMAL ABDILLAH
http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=CYeR8SQ9LzU
Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia

Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Nur Impian Beauty - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -